Sunday, July 26, 2009

Puting Beliung a.k.a Tornado

Sunday, 26 July 2009 - 8:30AM, detik2 puting beliung yang berlaku berhampiran pelantar sempat dirakamkan.
Macam aku tengok kat TV, macam tu laa rasanya agaknya, angin memang kuat, petir dan kilat sambung-menyambung, hujan pun kuat tapi tiada hujan batu laa... macam dalam discovery channel laa plak.




My Big Bro Weddings

4th of July - Location : Batu Pahat Time: 1pm - till dawn.
Its was very meriah, meriah sangat sebab ramai orang yang datang tak putus-putus dari jam 10pagi sampai la ke petang kira-kira jam 6 petang. Aku pula sibuk dengan rewang tolong-tolong di hidangan bufet, buat air lagi, tapi masih sempat la mengambil beberapa candid pics mase peak time bila pengantin sampai tu. Kalau nak tengok lagi boleh ke blog my bro untuk gamba yg lebih kualiti dengan SLR beliau - http://biszign.blogspot.com




Senyum saja pengantin.. hehehe..





Tu dia, tukang masak tahan pengantin, kena tol dulu baru boleh lepas.. hahaha







More pictures at http://biszign.blogspot.com

Panoramic

Its been a long time!! lama x menaip, disebabkan kesibukan yang teramat sangat, well just sempat upload beberapa image untuk tatapan semua. :)

Coming soon its about oldskool tribe - datsun excellent and "tornado" at Laut China Selatan? Just wait :)






Monday, January 12, 2009

Memory remains

Gambar - gambar masa kecil dahulu 1984 tahun pada gamba ni, koleksi yang aku ambil dari auntie aku.. auntie siti semasa aku pergi ke rumah dia bulan lalu. Gambar masa aku kecik bersama dengan abang aku (apai).




Posing dengan kuda kayu.. hahaha




emak tercinta mendukung saya :)

Sunday, December 21, 2008

Im Back Again

Hampir sebulan menyepi, kembali kat laut sekarang ni, baru seminggu lebih berlalu kat laut nih, nothing special for the last week yang berlaku kat nih, maybe hari ini ada BBQ kat luar macam biasa, 25/12 hari krismas mungkin agak meriah kat sini dengan aktiviti cabutan bertuah yang akan diadakan bagi mengucapkan terima kasih to all crew atas nie, lepas tu new year tak tau laa bagaimana agaknya keadaan disini, tapi semakin menarik la dengan kehadiran set karaoke yang diletakkan kat local mess galley, ramai juga suara-suara emas menyanyi.. hahahaha yang sedap merdu sumbang pon ada .. kepuasan selepas abis shift kerja mereka.. macam-macam gelagat hehehehe..

Thursday, November 27, 2008

Kepulangan

Yeah esok hari yang dinanti.. pulang ke daratan.. harapnya semua berjalan dengan baik.. tiada masalah di helibase berkenaan seat full untuk pelantar ni.. aku dah fed-up banyak kali kene bound, flight kensel.. yang lepas masa nak ke sini dari pukul 6 pagi aku dah menunggu check-in di airport untuk ke pelantar ni, tapi bila masa tiba untuk check-in, orang di kaunter kata nama aku ada pada check-in pukul 9pagi nanti, darah up je dengar, ye laa pagi-pagi buta dah standby, perut belum isi lagi, wah tau jela makan kat airport, ape boleh buat, aku makan je.. harga jangan tanya laa memang boleh makan 3pinggan benda yang sama kat kedai-kedai luar sana. hahahahah airport Miri, takde laa besar macam KLiA tuh, kecil je.. but still ok.. melepek laa sampai pukul 9 pagi,


Yeah berjaya nampaknya kali ni, kalau ikut timing, aku sampai kat pelantar dalam pukul 11, sebab bila tengok kat board, ETD dari miri pukul 10.15, so memang perjalanan kali ini xjauh laa 45 minit, sampai dah boleh makan! :)


menantikan saat macam ini lah esok...




Tapi sekali tanggapan aku salah, bound lagi.. pukul 12 baru boleh boarding.. wahh makin lama nih, tensen aku, briefing safety helikopter pun belum masuk ni, memang lagi lama laa jawabnyer.. Last-last di panggil masok brief pukul 1 juga, dah tentu flight pukul 1 lebih, ahaa memang betul pun. aku sampai kat Trident-17 (nama pelantar) pukul 2 lebih, nak makan ape, messroom tutup pukul 1 ptg, masuk dapur amik je laa lauk2 yang masih ade tu... busan je tengok lauk dah tak banyak.. Ape buleh buat, sental je laa dulu buat alas perut, tunggu makan pukul 5 nanti laa..


get ready to take off!!



Harap-harap esok balik ni chopper nyer sampai cepat sikit, aku ambil flight ke K.L hari esok juga.. dapat pukul 6.15 - transit kat kuching n terus ke KL. Harap tiada laa yang mengejutkan dan tak best berlaku esok.. amin..

Tuesday, November 25, 2008

Pangkor 08



Pada 15 sampai 17 haribulan februari 2008 yang lepas, aku pergi laa layan kawan-kawan semua bercuti kat pulau pangkor, Lumut. Ramai juga yang ada time tuh.. semua berkumpul sejak awal pagi dekat pekan manjung..cerita bermula bila aku last minit cakap aku nak follow.. aku call man cakap aku akan join trip kali nih..so we meet at KL, sambil tunggu geng2 dari Johor (wazy,cicak n the rest).. so total yg pergi dengan bus from kl tu ade dalam 7 orang, yang lain ada yang bawa kereta dan ada juga yang gerak dari hometown masing terus ke manjung dan berkumpul kat sana.. janji esok tengaharinya semua ada kat pekan manjung... malam tu bus pukul 10 mlm dari puduraya dan terus ke manjung ada juga stop 1 kali kat mana aku lupa.. hah bidor kot kalo tidak silap.. tapi aku tak turun..yang pergi trip ni = aku, man, wazy dan beberapa member-member yang lain laa. Rasanya sampai di manjung kira-kira pukul 1-2 pagi.. nasib laa ada member yang baik hati (jai) tolong pick-up di bustand manjung dan brader mukhlis juga tolong pickup.. aku dah separuh mamai time tuh.. layan tidur dalam bus.. sedar2 dah kene gerak dengan man cakap " dah sampai laa woi!! tak reti nak turun ke" gitu laa lenggok man cakap.. dengan pantas turun.. man tarik muka ketat dia.. hahahaha.... tak bleh blah..


man dan puduraya yang sememangnya nampak sesuai dan foto-genit




Sampai pekan manjung dah.. ape lagi perot lapar laaa ... nak makan nih..so pergi laa kat kodai makan member-member juga.. Abe namanya.. dia juga follow sekali trip ni.. walaupun dia kata dah naik muak pergi pulau pangkor ni.. yelaaa dekat je kan.. lain laa aku nih.. kalau aku duduk situ pun aku cakap muak nak pegi.. hahaha logik-logik.
Makan punya sedap... kalau tak sedap pun aku kata sedap sebab dah lapar.. lagi lah bertambah sodap bila Abe payung semua sekali makan.. ye laa .. tokey laa katakan.. hahahahah.. langkah kanan aku malam ni.. makan free.. banyak juga laa lauk dia masak.. special laa Abe masak untuk kawan-kawan.. mekaseh bro!

Dah kenyang macam ular sawa semua.. tengok muka man aku dah tau.. memang kenyang ahh tuh.. tapi baru aku terfikir.. kejap lagi ni aku nak tidur kat mana?dalam kepala otak fikir kene sewa rumah tumpangan aa... tu yang aku fikirkan laa sebab ramai-ramai ni kira ok laa.. asalkan dapat rebahkan diri .. baring-baring hilangkan penat.. journey from KL laa katakan... hahahaha penat laa sangat .. tapi memang laa sebab journey aku start sehari sebelum tu bila aku bertolak dari kemaman awal pagi sehari sebelum tuh.. dengan tak cukup tidur terus ke rumah member aku di setapak.. tidur tak sampai 2jam phone dah berbunyi, man rupanya.. call tanya aku dimana... fuhh kacau aku tidur.. aku mandi, terus turun ke Central Market untuk carik man yang menunggu di sana... aku mati-mati laa ingat dia dah sampai.. rupanya dia baru nak bertolak dari Segambut.. cilakak ni.. bikin darah up.. hahahaha

Sambung balik cerita di manjung, malam tu jai ajak lepak rumah dia.. fuhh nasib baik lagi kita orang ni.. dapat member baik hati macam jai..sampai-sampai rumah jai.. plan nak terus tidur.. SEKALI man plak segar bugar, ape lagi dia, kacau aku tidur laa, bahan-bahan bebudak lain lagi.. tau laa paling tua.. tapi still enjoy.. last-last aku yang tak tidur.. si man plak nyenyak tidur... aku pun melepak kat luar bilik laa dengan bebudak lain, adi sibuk bikin laptop.. format katanyer, jai panggil.. ajak makan sarapan.. mak dia buat nasik lemak.. ape lagi sental laa..

Lepas dah konyang makan.. aku lepak bilik semula.. layan kepala, tertidur juga akhirnya walaupun sekejap... semua dah bersiap, kemas-kemas beg nak keluar semula ke pekan manjung, berkumpul semua untuk pergi ke mana? tentunya Pangkor!!! yehaaa..


feri bergerak ke pangkor, wazy dengan muka dan gaya yang seakan mabuk laut


patung koboi jadi magsa keadaan...



Banyak aktiviti yang dilakukan laa kat pangkor tuh.. main banana, kayak laa... ade mcm gaya2 family day pon ade.. member2 yang bawak family pun ada.. semua sekali adalah dekat 30 orang.. so macam-macam aktiviti.. meriah memang meriah.. night scene ada buat karaoke lagi siap dengan hadiah-hadiah dan piala untuk dimenangi hahahaha... no.3 aku kebas.. no.2 jai kebas.. dan no.1 dimenangi oleh Abe!!.. suara mantap tuh... awek terpikat tu...hadiah-hadiah untuk acara-acara lain juga di"sponsor".. thanks to the person.. memang best la.. thanks to everybody yang terlibat..


Pelanduk dua serupa ke?...


sidai kain ye bang?... tidur je keje kau!


Me...abe, and alin...


Overall 3hari 2malam di pangkor memang best.. walaupun pantai di sini tak berapa menarik kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai kat terengganu.. tapi kawan-kawan yang buatkan suasana jadi meriah..


jai dengan arnabnya... tak dapek den nak nolong


hadiah acara explore race @ pangkor ... thanx to sakoz & mychatz crew


Hadiah acara Karaoke


chalet yang kami menginap.. not bad dengan harga yang murah.. rm150 3 hari 2malam dengan makan.. judge it your self..


cantik menarik tertarik...my friends, kalau ada pic to contribute untuk pangkor ni.. please let me know.. thanx

Pantai Telok Kalong - Kemaman



Sesiapa yang lepas ni pergi / lalu ke Kemaman jangan lupa singgah kat pantai telok kalong.. cantik laa pantai dia.. cakap banyak pon tak guna la... tengok gamba and judge sendiri.. memang banyak pantai yang cantik-cantik kat terengganu dan salah satunya ni laa.. pantai telok kalong.. tempat aku lepak laa kalau ada kat kemaman.. 10 minit jalan kaki jek dari rumah yang aku menyewa... dalam 20km dari Bandar Cukai (Bandar Kemaman)..




Kat hujung ada port batu-batu yang best




Fasiliti semua cukup, tandas ada, tempat mandi pon ada, gerai-gerai makan pun ade... bila waktu petang memang happening juga laa sini... tapi aku tak ambil gambar nak tunjuk.. hehehe nanti aku blogkan semula gambar-gambar terbaru... pasir pantai dia memang best..

Sekayu Waterfall


Air Terjun Sekayu yang menarik dan menawan untuk dilawati nih.. Memang cantik laa pemandanganya.. terletak kat area Kuala Berang,(bandar kaler oren) ahahaha.. lebih kurang 16km laa kalau aku xsilap jauh dari kole berang.. Kalau dari Kuala Terengganu jauh dalam 55km lah.. 45minit perjalanan laa dari K.T masa yang diambil untuk ke air terjun sekayu.. fee nak masok air terjun ni xmahal pon dalam rm1 satu orang laa.. kalau musim cuti sekolah, aku tak pasti lah.. so kalau tiada plan nak pergi mana cuti sekolah ni boleh laa ke sini.. memang menarik.. Cakap banyak pun tak guna.. gerakkan kaki, hidupkan enjin kereta atau pergi ke stesen bas berdekatan, mulakan perjalanan pada musim cuti nih.. tengok ciptaan-Nya.. syukur banyak-banyak :)




memang berbaloi laa kalau pergi ke sini pun.. walaupun aku pergi time ni dah mendung nak hujan.. arrrggghhhhh.... hahahaha tapi still puas hati!



Cuti-cuti Malaysia

Monday, November 24, 2008

tanggal 24 haribulan november

Pagi seawal jam 5 pagi, hujan lebat melanda besi buruk ni.. kat sini pukul 6 pagi dah terang benderang cam pukul 7 aa kalo di semenanjung malaysia.. al-maklom aaa sekarang ni kat sabah (labuan dengan lebih detail)..




Cuaca kembali reda kepada normal...
Cantik matahari pagi hari ni... lagi 4 hari lagii.. kepulangan ke daratan.. wahh makin tak sabar aku nak balik kali ni.. ye laa balik2 dah ujung2 bulan.. time gaji masuk laa... senyum sampai ke hidung.. menantikan projek kereta lama yang masih 30% progress siap.. apa laa jadi pada keta aku... i'm wondering..


Petang..

Haishhh.. tade ape pun aku nak buat petang ni.. teringat masa kat tempat lain ada juga aktiviti mengail ikan bagai.. kat sini strictly no memancing laa... fuhh busan la kalau tiba masa-masanya. Tv buat hal pulak .. tak dapat siaran pula petang ni.. maybe gangguan kot.. sambil aku meng"adjust" flight tiket nak balik 28 Hb tuh dari miri, yg tinggal cuma flight malam pukul 9.. ahh blasah laa.. janji aku balik gak hari tuh.. tu yang penting..



Satu hari lagi telah separuh berlalu .. malam dah tak rasa + tidur lagi nanti.. sedar-sedar dah pagi :) malam ni mungkin aku ada kerja.. dengar kat dalam meeting pagi tadi.. hope tade laa prob macam yang lepas.. harap semuanya berjalan lancar dan OK!

Sunday, November 23, 2008

hari yang sama


Petang yang terik..
Yeah masa yg ditunggu telah tiba.. pressure test line jerk lepas tu pumping rupanya sampai 4200psi.. co.man pon ade sebelah suruh pam laju2.. layankan.. ternyata bila sampai target 4200psi... pressure trus drop mendadak sampai 0psi.. sukses!!

Kebosanan melanda lagik.. tak tau laa kenapa, layan mirc tapi xde orang pastu aku dah xtau laa nak buat ape lagik... menanti hari esok tiba la plak.

Satu lagi job kene habiskan untuk hari ini sebelum kerja aku untuk hari ni selesai.. pumping la.. ape lagi... tapi xlama laa.. baru aku lepas sediakan chemical yg hendak dipump karang.. so standby lagik laa..





fuhh petang tu rupanya ade benda menarik.. test lifeboat pusing2 dilautan.. hahaha


Then lepas tu ada BBQ.. wahahahaha... semakin menarik petang ini.. :)




Hehehhe.. steward sempat posing, aku pon menyempat jek..


Nasib baik laa dalam bilik nih ada Wi-Fi so takde laa boring sangat, tambah ade tv :) kire best laa juga.. heheheh... sempat aku call awek aku tadi.. terubat aa rindu dijiwa.. hahahahaha!